PROGRAM GEMILANG AKADEMIK PMR
SEKOLAH KELAS RANCANGAN KHAS
DAERAH KINTA UTARA
27 - 29 MAC 2009

Pada 27 hingga 29 Mac 2009 (Jumaat hingga Sabtu), RPS telah menjadi tuan rumah bagi Program Gemilang Akademik PMR
bagi sekolah-sekolah KRK seluruh Kinta Utara. Seramai 60 pelajar daripada 6 buah sekolah terlibat di dalam program ini
yang bertujuan meningkatkan penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran kritikal bagi persediaan PMR 2009.



Puan Noor A'lauyah dari RPS mengendalikan slot Gempur Bahasa Inggeris pada hari kedua program.


Para pelajar sedang tekun mendengar input yang disampaikan oleh penceramah.



Antara aktiviti pelajar dalam slot Gempur Geografi, dikendalikan oleh guru RPS, Puan Nurulhuda.


Terima kasih daun keladi kepada semua penceramah yang telah menjayakan bengkel mata pelajaran masing-masing.


Majlis Perasmian Penutup oleh Encik Ahmad Shaker bin Lazim, Timbalan PPD Kinta Utara.


Penyampaian sijil kepada para pelajar oleh Timbalan PPD Kinta Utara, Encik Ahmad Shaker.


Penyampaian cenderamata daripada Pengetua RPS kepada tetamu kehormat, Encik Ahmad Shaker.