MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

Tarikh: 19 September 2008

Tempat: Dewan Raja Perempuan

Masa: 5.30 ptg - 9.30 mlm

 

 

 

Para pelajar yang terlibat bersedia mengambil tempat masing-masing untuk memulakan majlis Khatam Al-Quram. Barisan pelajar yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran. Pelajar membaca surah-surah Al-Quran dengan bimbingan Ustazah.
Sebahagian pelajar dan guru yang hadir bersama meraikan majlis. Para pelajar yang datang beramai-ramai menyaksikan rakan mereka khatam al-quran. Pelajar membaca dan menghayati surah-surah dalam Al-Quran.
Pelajar menyanyikan marhaban. Pentas Dewan Raja Perempuan dihiasi indah bersesuaian dengan majlis. Makanan tersedia menantikan guru-guru mengambil tempat untuk berbuka puasa.
VIP yang hadir bersama Dato' Che Mat dan Encik Bakar, GK Sains. Menantikan waktu berbuka puasa. Meja Pengetua dan PK bersama tetamu jemputan.
Menantikan waktu berbuka puasa. Guru-guru sudah mengambil tempat masing-masing untuk menantikan waktu berbuka puasa. Orang kuat panitia Pendidikan Islam, Ustazah Mariam bersama orang kuat Kadet Polis, Pn Nur Akmal. Sambil diperhatikan oleh orang kuat Bahasa Melayu, Pn Zuraidah.
Orang kuat PJK, Puan Mashidah bersama Puan Maimun turut tidak melepaskan peluang untuk hadir. Pelajar-pelajar tingkatan lima menantikan waktu berbuka puasa. Para pelajar dan guru selesai solat maghrib dan menantikan sesi ceramah.
Tetamu khas memberikan ceramah. Guru-guru lelaki rps sedang khusyuk mendengar ceramah. Dato' Che Mat menyampaikan cenderahati kepada tetamu khas.
  Laman Web RPS Webmaster