2nd INDOOR ASIA HOCKEY TOURNAMENT
3 - 9 AUGUST 2009
STADIUM INDERA MULIA, IPOH

Pemain Hoki RPS telah dipilih mewakili Malaysia 'B' dalam 2nd INDOOR ASIA HOCKEY TOURNAMENT
yang telah berlansung di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 3 hingga 9 Ogos 2009.
Tahniah diucapkan kepada pemain RPS kerana berjaya menunjukkan kehebatan mereka bermain walaupun hanya lebih kurang sebulan sahaja
berlatih untuk bermain hoki secara 'indoor'.  5 negara bertanding iaitu Malaysia, Iran, Uzbekistan, Kazakhstan and Thailand dalam kategori lelaki dan wanita.

Perlawanan ini turut meninggalkan kenangan manis apabila ianya disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Bainun.
Kenangan manis ini lebih bermakna apabila pemain hoki dan guru hoki RPS berpeluang bergambar bersama Tuanku dan Permaisuri. Sesungguhnya, seluruh
warga RPS amat berbangga dengan kejayaan pasukan Hoki sekolah dan mengharapkan yang terbaik buat semua pemain tidak kira apa jua bidang yang diceburi.

Lgi berita berkaitan sila layari:
http://ssdhaliwal.blogspot.com/2009/08/ahf-indoor-day-one.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0810&pg=su_04.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&y=2009