ANNUAL DINNER
MANAGEMENT, TEACHERS AND STAFF
13 NOVEMBER 2009


Pada 13 November 2009 bertempat di Perak Royal Golf Club, para guru dan staf SMK Raja Perempuan, Ipoh telah berkumpul untuk meraikan
berakhirnya tahun 2009 yang penuh warna warni, pahit manis dan penat lelah dengan jamuan makan malam ala barbeque di tepi kolam renang yang sangat indah.
Ramai guru dan staf yang hadir termasuk barisan pentadbir dan AJK PIBG. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun rapi oleh AJK Kelab Guru yang diketuai oleh
Puan Zauyah. Syabas diucapkan kepada Jawantankuasa Kerja kerana telah berjaya menganjurkan jamuan makan malam ini.