latar belakang
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.SMK Raja Perempuan Ipoh telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 pada Tahun 2009. RPS telah memilih mata pelajaran Sains sebagai kebitaraan Akademik dan Hoki dan Bola Jaring sebagai kebitaraan Kokurikulum.
Penolong Kanan Pentadbiran mewakili Pengetua, Cik Rusnani bt Sharuddin menerima sijil pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Kinta Utara.